Leaderboard Ad

Anjing terlepas masuk dalam litar CubPrix dan langgar pelumba. Lihat reaksi pelumba dan anjing tersebut memang sempoi

0

SELEPAS lapan tahun, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  kembali menggamatkan peminat sukan permotoran sekitar Taiping, Perak.

“Taiping ialah venue istimewa bagi Cub Prix Malaysia. Sebagai daerah kelahiran gandingan dua beradik, (Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham), daerah ini ada ramai peminat sukan permotoran. Kehadiran pengunjung minggu ini dijangka meriah,” kata Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan.

“Sebelum ini Taiping terkeluar daripada kalendar perlumbaan kerana sukar mendapatkan lokasi sesuai. Jadi, sama seperti peminat, kami juga gembira kerana Cub Prix kini kembali ke Taiping,” katanya lagi.

Dengan gelaran Juara keseluruhan CP130 sudah sah menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin dan Naib Juara keseluruhan, Ahmad Fazli, saingan di Taiping minggu ini dijangka lebih tertumpu kepada pemburuan gelaran keseluruhan CP115 dan kelas Wira.

cub prix taiping

Anjing terlepas masuk dalam litar Cubprix dan langgar pelumba

Setiap tahun Malaysian Cubprix akan dianjurkan di seluruh Malaysia dengan beberapa pusingan. Tapi untuk acara kali ini, ia bakal menjadi pusingan yang akan diingati oleh rakyat Malaysia dimana seekor anjing terlepas masuk kedalam litar cubprix di Kangar.

Seorang rider yang tengah mengambil satu selekoh tajam tiba-tiba dikejutkan oleh seokar anjing yang meluru kearahnya. Berlaku pelanggaran kecil antara mereka. Tapi reaksi pelumba ini memang sempoi kerana dia sabar dan tidak memarahi anjing tersebut.

Difahamkan selepas pelanggaran tersebut, penunggang dan anjing tersebut masih lagi boleh bangun. Video yang tular di media sosial itu mendapat 1000 perkongsian dan 200k tontonan.

cub prix taiping

Jadual Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018

Image result for jadual cub prix 2018

VIDEO: Macam mane boleh terlepas anjing masuk dalam litar tu..

Sumber : celotehsaje

Share.

Leave A Reply