Leaderboard Ad

Inilah Keadaan Jasad Selepas Roh Dicabut Yang Orang Islam Harus Tahu

0

DI SAAT roh telah dicabut daripada jasad, dunia sudah tidak ada nilainya kepada kita dan merupakan waktunya kita bersendirian menghadap Allah SWT. Beruntunglah sekiranya ketika saat roh dicabut itu kita tergolong di kalangan orang mukmin, kerana mampu melafazkan kalimah tayyibah. Rasulullah bersabda: “ Barangsiapa yang menyebut Lailaha illallah di akhir kehidupannya, aku jamin dia akan dapat memasuki syurga Allah”. Bahkan baginda berpesan kepada mereka yang menziarahi orang yang sakit tenat, apabila sampai saat kematiannya, kita mengajarnya menyebut dan mengulang kalimah-kalimah tayyibah. Berhentilah berbicara tentang perkara dan urusan lain. Pada ketika itu malaikat mencari-cari di manakah kalimah Allah daripada jasad seseorang, di bahagian hati, tangan dan seluruh anggota badannya. Jika tiada, malaikat akan menepuk dibawah dagunya menyebabkan lidah bergetar dan menyebut kalimah Allah pada penghujung kehidupannya, maka terkeluarlah roh daripada jasad itu.

Namun sekiranya ketika roh sedang ditarik, kalimah Allah tidak mampu diucapkan walaupun setelah diajar, maka satu kecelakaan besarlah kehidupan kita pada ketika itu. Di dalam perbincangan hadis Barraq bin A’zid menyebut apabila roh itu keluar daripada jasad, tersembur roh ini dalam keadaan berbau sangat busuk. Hanya dua makhluk yang tidak dapat mencium bau busuk ini iaitu jin dan manusia. Lalu dinaikkan roh ini ke langit pertama hingga langit ketujuh dan menghadap Allah. Kemudian Allah memerintahkan agar roh itu ditempatkan di dalam neraka Sijjin dan seterusnya roh itu akan pulang dan diletakkan di hujung kepala jasadnya. Begitu juga bagi roh orang mukmin, setelah Allah memerintahkan agar rohnya ditempatkan di dalam syurga Illiyeen, kemudian roh itu dipulangkan ke hujung kepala jasad mereka.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi slot Mau’izati di IKIMfm pada Khamis jam 5.15 petang, di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Qudri r.a, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Seorang mayat yang telah terlunjur kaku itu, dia akan mengenali siapakah yang akan memandikan jasadnya”. Di dalam hadis lain menyebut sewaktu memandikan jasad, Rasulullah berpesan agar menjirus air di telapak tangan dan direnjis kepada jasad kerana sakit yang dirasainya ketika menghadapi saat kematian bagaikan melecur seluruh badannya. Pada waktu air dijirus kepada jasad, roh akan berkata kepada mereka yang memandikannya agar melakukannya secara perlahan-lahan, sakit menghadapi kematian masih belum berakhir. Roh juga akan merasai setiap usapan, sentuhan dan tekanan oleh mereka yang memandikannya.

Rasulullah juga berkata roh juga akan melihat dan merasai ketika jasadnya diangkat dan dikapankan. Beruntunglah pada ketika itu jika mereka yang memandikan jasad terdiri daripada orang yang soleh. Juga beruntunglah jika ketika menghadapi saat kematian, kita dikelilingi oleh anak-anak yang soleh yang akan menguruskan jasad kita. Baginda juga bersabda, jasad akan sedar siapa yang mengusungnya untuk dikebumikan. Ada sesetengah para ulama tidak membenarkan orang lain membawa jenazah ibu bapanya dan akan mengusung sendiri jenazah mereka ke tanah perkuburan. Sampai peringkat jasad akan sedar saat ketika dia diturunkan ke dalam liang lahad, dapat melihat suasana di alam barzakh dan melihat dihujung kakinya, berdiri dua malaikat iaitu mungkar dan nangkir yang akan memulakan sesi soal jawab perjalanan di alam barzakh itu.

Sewaktu menghadap Allah kita mengharapkan doa keluarga dan anak-anak yang soleh, kerana ketika ini tidak lagi memerlukan wang yang banyak, jawatan yang besar atau kedudukan yang tinggi. Hanya roh berseorangan kembali menghadap Allah SWT. Jika kita tidak bersedia di dunia ini dan melihat siapa kita dampingi sepanjang hidup, ketika menghadap Allah kita akan melihat siapakah orang-orang soleh yang datang menziarahi mayat kita, berdoa disisi jenazah dan diperdengarkan dengan ayat-ayat suci al-Quran oleh anak-anak kita. Apa yang disesali sekiranya ketika itu anak-anak hanya melihat dan berpeluk tubuh tanpa mampu melakukan apa-apa dan tidak berani menyentuh jenazah apatah lagi mengangkat tangan mendoakan kita. Ini menandakan kita tidak melakukan persiapan untuk mengenal orang-orang yang berada di sekeliling kita ketika hidup selepas kematian nanti.

Ada sesetengah jenazah yang dilihat seolah-olah tersenyum kerana dia sudah dapat melihat tempatnya di dalam syurga Allah. Apabila orang-orang mukmin ini meninggal dunia dan ditunjukkan tempatnya di dalam syurga Allah, dia akan merasa cukup redha di atas apa yang dilalui di sepanjang hidupnya di dunia kerana lumrahnya kehidupan ini merupakan bebanan dan tekanan.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Amru bin Abi Dinar daripada Ibnu Abi al-Dunya menyebut tidak ada seorang pun yang meninggal dunia melainkan dia mengetahui apa yang terjadi kepada keluarganya. Apabila meninggal dunia, kita mampu melihat apakah yang dilakukan oleh isteri, anak-anak dan mereka yang berada di sekeliling kita pada ketika itu. Rasululullah bersabda: “Mereka mandi dan mengkapani, sementara kita melihat keadaan bagaimana mereka mengkapan, dan melakukan solat serta penguburan jenazah kita ke dalam kubur.” Walaupun roh sudah keluar meninggalkan jasad, tetapi kita dapat merasai dan melihat berlakunya kematian kepada diri kita. Bertaqwalah kepada Allah dalam urusan ini, dibimbangi apabila tiba masanya menghadapi kematian, kita tidak bersedia melihat keadaan-keadaan yang lebih buruk daripada itu.

sumber: ikimfm.my

Allah nak ambil kita bila bila masa..Buatla yang terbaik buat semua orang yang kita sayang..Jangan sampai masa ia pergi baru kita nak sedar…Teruskanlah dengan amal soleh terkadang kita disakiti…Kerana kita hidup untuk Allah dan Kembali pada Allah😭😭😭😭

TANDA – TANDA 100 HARI SEBELUM KEM ATIAN | DATO DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN..

VIDEO:

Share.

Leave A Reply