Leaderboard Ad

Kerana kesalahan ini, 3 budak sekolah ini ditangkap dan dilakukan sebegini rupa

0

KESAN DAN KEBURUKAN KEGIATAN MENGHIDU GAM

Kegiatan menghidu gam ini mempunyai kesan dan keburukannya tersendiri. Sebagaimana yang kita tahu bahawa Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Oleh itu, Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Disamping itu juga, kesan dari gam tersebut juga memberikan kesan kepada fungsi otak iaitu seperti boleh mengakibatkan seseorang yang mengambilnya secara berlebihan menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada bahagian tertentu.

Selain dari itu juga, perlu juga diketahui bahawa apabila remaja terlibat dengan gejala hidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing sebab ia bukannya dadah. Ini akan menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya. Malah ada diantara remaja apabila sudah ketagihan sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar asapnya disedut. Oleh yang demikian setelah seseorang tersebut sudah ketagih maka tidak mustahil mereka boleh terjebak dengan ganja ataupun dadah.

Justeru itu juga, pelajar yang terlibat dengan gejala menghidu gam ini pada kebiasaannnya hilang minta untuk belajar dan menjadi pemalas dan akhirnya perkara ini boleh mempengaruhi masa depan mereka. Tambahan lagi, mereka yang baharu selesai melakukan kegiatan menghidu gam ini juga selalunya boleh bertindak di luar kawalan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang lain seperti mengamuk, bergaduh, merempit dan sebagainya.

Video:  3 budak sekolah ditangkap ketika sedap hisap gam. Adakah mereka layak dilakukan sebegini?

Tabiat hidu gam musnah masa depan

Kegiatan menghidu gam bukan sesuatu yang asing lagi pada zaman kini. Fenomena ketagihan kesan khayal bahan terbabit sekian lama menjadi kegilaan terutama dalam kalangan remaja.

Antara faktor menyebabkan golongan itu memilih menghidu gam kerana harganya murah serta mudah didapati di pasaran. Kegiatan tidak sihat itu boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dari segi mental dan jasmani.

Antara bahan kimia berbahaya terkandung di dalam gam adalah Toluene. Kebiasaannya, Toluene digunakan sebagai pelarut dalam industri penghasilan cat, bahan kimia, getah dan penghasilan produk farmaseutikal.

Bahan kimia itu menyebabkan kerosakan sistem saraf dan organ penting di dalam tubuh sekiranya terdedah secara berlebihan melalui sistem pernafasan.

Antara kesan negatif Toluene terhadap sistem saraf adalah menyebabkan gejala halusinasi, khayalan, pening, kekeliruan, sakit kepala dan pengsan. Sekiranya aktiviti menghidu gam dilakukan berterusan, kesan lebih serius terhadap sistem saraf seperti neuropsychosis, kerosakan sel otak, sawan, koma, kerosakan sistem saraf, penurunan keupayaan kognitif, buta, dan kehilangan pendengaran.

Selain itu, aktiviti menghidu gam juga mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan jantung dan sistem pengaliran darah. Ia boleh mengganggu fungsi jantung normal apabila jantung menjadi tidak sekata.

Sebelum ini, dilaporkan ada kes kematian mengejut gara-gara menghidu gam. Kesan buruk bahan itu terhadap paru-paru pula termasuk sesak nafas, asfiksia iaitu keadaan tubuh tidak mendapat oksigen mencukupi, kecederaan dan keradangan paru-paru.

Antara kesan buruk terhadap sistem pencernaan ialah sakit perut, loya, muntah dan muntah berdarah. Selain itu ia menyebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Seperti yang dapat kita lihat, aktiviti menghidu gam memberikan impak negatif sangat besar bagi individu terbabit. Generasi muda adalah golongan berharga yang akan menerajui kepemimpinan negara pada masa hadapan.

Melalui amalan gaya hidup yang sihat, mereka dapat membentuk kemajuan diri dalam pelbagai bidang industri bagi mengharungi cabaran global yang semakin sengit. Jadi, marilah kita bersama-sama membimbing anak-anak muda serta membanteras gejala yang tidak sihat demi menjamin masa depan yang lebih baik bagi negara berdaulat ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1800886722

Share.

Leave A Reply