Leaderboard Ad

“Maaf saya orang Kelantan. Memang kedai ni banyak cekik darah terutama orang luar”- Akhirnya ini nasib yang menimpa kedai2 yang cekik darah

0

Menurut pengadu, kedai tersebut telah mempamerkan harga RM15 untuk semangguk maggi ketam di dalam menu mereka namun mengenakan harga RM50 ketika pembayaran.

Pengadu yang berasal dari Jitra itu telah memesan dua mangkuk maggi ketam dan beberapa gelas minuman. Pengadu yang singgah di kedai yang terletak di Pantai Cahaya Bulan itu telah dikenakan caj sebanyak RM101 untuk 29 gelas minuman, RM203 untuk masakan panas termasuk dengan dua mangguk maggi ketam dan RM109 untuk hidangan celup tepung.

Selain daripada maggi ketam,  harga minuman yang dikenakan turut berbeza daripada apa yang tertera di dalam menu. Apabila ditanya pihak kedai, pengadu diberitahu harga yang dipaparkan di dalam menu merupakan harga lama dan belum dikemaskini.

Bengang dengan harga yang mencekik darah itu, pihak pengadu kemudiannya telah memuat naik sebuah status meluahkan ketidakpuasan hati berkenaan dengan kejadian berkenaan. Status yang jadi tular itu telah sampai ke pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya telah menjalankan pemeriksaan mereka ke atas kedai tersebut.

Hasil pemeriksaan pihak KPDNHEP mendapati peniaga itu cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.

Selain itu, peniaga tersebut memberi alasan bahawa harga ketam dijual mengikut pasaran semasa dan memberitahu mereka tidak sempat untuk menukar harga yang tertera dalam menu.

Berdasarkan kepada komen-komen yang ditinggalkan netizen di media sosial, ramai juga yang pernah menjadi mangsa harga maggi ketam ‘cekik darah’ itu ketika makan di kedai yang sama:ma

Sumber : SAYS via ohmymedia.cc

Hari tu maggi ketam RM50, kali ini rungutan pelanggan tentang harga air sirap RM18 pula. Ini tindakan yang dikenakan terhadap Restoran asam pedas ini

PENGUSAHA restoran asam pedas di Taman Kota Laksamana, Melaka, yang mengenakan caj RM18 bagi satu jag minuman sirap diberi notis lima hari untuk mengemukakan dokumen tunjuk sebab.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Jaiya Abu berkata, sepasukan anggota penguatkuasa sudah ke restoran terbabit semalam dan melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan anggotanya mendapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis makanan berkenaan.

“Bagi minuman yang ditularkan oleh pelanggan itu turut dibuat penandaan harga RM18, namun mempunyai tiga saiz berbeza dan kita menasihatkan supaya pemilik restoran hanya menggunakan satu saiz jag yang standard.

“Hasil daripada pemeriksaan itu satu notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dikeluarkan kepada pengusaha premis dan diberi tempoh lima hari untuk memberi maklum balas dan mengemukakan dokumen berkaitan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jaiya berkata, selain minuman sirap ais, pihaknya turut meminta pengusaha restoran mengemukakan dokumen tunjuk sebab membabitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung.

“Kita juga mendapati, set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu menunjukkan maklum balas mengapa ia dicaj sedemikian.

“Pihak kita akan menunggu maklum balas terlebih dulu sebelum dapat mengklasifikasikan sama ada kedua-duanya dikenakan harga yang melampau atau sebaliknya (mencatut atau tidak),” katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna di laman sosial memuat naik resit bayaran dikenakan selepas tidak berpuas hati apabila minuman sirap ais yang dipesannya dicaj RM18 untuk satu jag.

Sirap RM18? Restoran asam pedas diberi notis amaran

Sirap RM18? Restoran asam pedas diberi notis amaran

MELAKA TENGAH: Kementerian Per­da­gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menge­luarkan notis amaran kepada sebuah restoran Asam Pedas di Taman Kota Laksmana di sini, semalam.

Pengarahnya, Jaiya Abu berkata, notis itu bagi meminta pengusaha itu menge­mu­­ka­kan doku­men tunjuk sebab selepas premis perniagaan tersebut tular gara-gara menge­nakan caj RM18 bagi satu jag sirap ais.

Menurutnya, pihak­nya telah pergi ke restoran tersebut untuk am­bil maklumat, selain pemeriksaan berdasarkan aduan berkenaan.

“Kita telah buat pemeriksaan dan men­dapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit.
“Harga bagi minuman tular dibuat penandaan RM18, namun mem­punyai tiga saiz berbeza dan telah menasihatkan mereka supaya guna satu saiz jag standard bagi mengelak pelanggan keliru,” katanya.

 Seorang pelanggan yang tidak puas hati menunjukkan resit pembayaran.

Seorang pelanggan yang tidak puas hati menunjukkan resit pembayaran.

Jelasnya, hasil pemeriksaan itu satu notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti­pencatutan 2011 dikeluarkan kepada pengusaha premis dan diberi tempoh lima hari untuk mak­lum balas.

Selain itu pengusaha restoran turut diarah menge­mukakan doku­men tunjuk sebab mem­babitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung.

“Hasil pemeriksaan mendapati set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu tun­juk mak­lum balas harga hidangan itu,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial memuat naik resit bayaran dikenakan selepas tidak berpuas hati apabila air sirap dipesannya dicaj RM18 untuk satu jag.

sumber: hmetro, astro awani

Share.

Leave A Reply