Leaderboard Ad

Media Arab pun hairan dan pelik kes RM2.6 bilion wang derma daripada Kerajaan Arab Saudi kepada Najib Abdul Razak. Ini puncanya

0

‘Saya bukan pencuri, saya hendak keadilan’- Najib

'Saya bukan pencuri, saya hendak keadilan'- Najib

KUALA LUMPUR: “Saya bukan pencuri.”

Itu peringatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin dari 25 pertuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi.

“Sepertimana kita semua sedia maklum, isu RM2,6 bilion telah digunakan secara habis-habisan untuk mengutuk, memburuk, mencaci saya selama ini. Dengan pertuduhan hari ini, akan memberi peluang kepada saya, bahawa saya bukan seorang pencuri.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media yang diadakan sejurus selepas beliau melangkah keluar dari mahkamah selepas prosiding yang berjalan selama lebih 90 minit, berakhir.
Menurut Najib, prosiding mahkamah melibatkan tiga peringkat iaitu: ‘dana yang diterima, dana yang digunakan dan dana yang dipulangkan balik pun didakwa.

BACA: 1MDB: Najib mengaku tidak bersalah atas pertuduhan AMLATFA dan Akta SPRM

“Ada pihak yang keliru, seolah-olah 21 pertuduhan ini menggemparkan, kalau kita pandang sekali imbas menggemparkan, tetapi kalau kita memahami fakta yang sebenarnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa saya sudah memulangkan satu jumlah yang besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Jadi kalau kita ambil kira, kita boleh buat kesimpulan yang memihak kepada kebenaran akan timbul dalam perbicaraan yang saya sedang hadapi,” tambah Najib, yang kelihatan tenang ketika sidang media berkenaan.

‘Saya hendak keadilan supaya saya diberi peluang untuk membersihkan nama saya,” katanya.

Najib turut menzahirkan penghargaan beliau atas layanan baik yang diterima dari pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang perbicaraan berlangsung.

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama hingga kesembilan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM2,081,476,926 daripada akaun bernombor 8550299001 milik Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke dalam akaun AmIslamic Bank Berhad bernombor 2112022009694 miliknya.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 22 Mac hingga 10 April 2013.

Najib dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3.5 juta dengan dua penjamin. Terma pembayaran yang dibenarkan Mahkamah ialah RM1 juta pada esok (Jumaat) diikuti dengan RM500,000 sehari, sebelum 28 September.

sumber : astroawani

Image may contain: text

Ini peluang saya bersihkan nama, kata Najib

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pertuduhan hari ini memberikan peluang untuk membersihkan namanya berhubung dakwaan pemindahan ratusan juta dolar ke akaun bank miliknya daripada 1MDB.

Najib berkata selepas tohmahan bertali arus dia kini ada ruang terbaik untuk membuktikan dirinya di pihak yang benar.

“Isu RM2.6 bilion telah digunakan untuk mencaci dan menghina saya selama ini. Dengan pertuduhan-pertuduhan yang dilakukan pada hari ini, akan memberikan saya peluang untuk bersihkan nama bahawa saya bukan pencuri,” katanya kepada media di ruang legar kompleks mahkamah Jalan Duta hari ini.

Najib hari ini didakwa dengan 21 pertuduhan pengubahan wang kerana memindahkan dana haram ke akaun bank miliknya dan kemudian menggunakannya.

Dia dikatakan menerima dan menggunakan wang haram semasa tempoh jawatan perdana menteri antara 2011 dan 2014.

Dia juga dituduh menyalahgunakan kuasa dalam 4 lagi pertuduhan bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hari ini kali ke-3 Najib di mahkamah dalam tempoh 3 bulan untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan berkaitan kes 1MDB.

Najib berkata pertuduhan terhadapnya hari ini sama sekali tidak menggemparkan, sebaliknya mengelirukan dan perlu dijelaskan.

“Saya suka katakan selama ini tuduhan-tuduhan dilakukan hari ini terbahagi 3 peringkat iaitu dana yang diterima, dana digunakan dan dana yang dipulangkan pun didakwa.

“Kalau kita pandang sekali imbas memang menggemparkan. Tapi kalau kita faham fakta sebenarnya dan buat perkiraan, kesimpulannya saya telah pulangkan satu jumlah yang besar selepas pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Media Arab pun hairan dan pelik mengapa rakyat Malaysia susah nak percaya, RM2.6 bilion adalah derma daripada Kerajaan Arab Saudi kepada Najib Abdul Razak?

Share.

Leave A Reply