Leaderboard Ad

Meremang bulur roma dengan Suara Dato Aliff Syukri Nyanyi Lagu Nasyid. Terbaiklah Dato sahut cabaran Datin

0

Sebelum ini Dato Aliff Syukri Merajuk Apabila Di Suruh Nyanyi Lagu Nasyid Oleh Datin Shahida Dan Hafiz Hamidun

Tular di media sosial semalam dan beberapa hari yang lepas berikutan video lagu bobo dimana, Dato Aliff Syukri dibidas hebat oleh rakan rakan artis dan netizen. Semalam datin menasihati nya dan juga persoalkan Sajat dalam video durasi pendek dan mendapat perhatian ramai. Namun, pada pagi jumaat hari yang mulia ini, sekali lagi datin menasihati nya bersama Hafiz Hamidun pabila disuruhnya nasyid pula. Melihatkan reaksi wajah Dato Aliff Syukri sungguh berbeza kan dan lantas keluar daripada pejabatnya. hekhek.

kita suruh @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi lagu nasyid suruh @hafizhamidun buat lagi utk dia….last2 dia kata…. u jer lah nyanyi….sibuk suruh orang’ #soannoying  nanti kita nyanyi betul2 baru dia tau…..

Walau apa pun, min rimbabara harapkan, doakan agar Dato Aliff Syukri sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki. Dan juga, sentiasa bertaubat dan insaf akan perbuatan yang boleh mengundang maksiat. Jom sama sama komen yang baik baik dan sama sama juga mendoakan mereka.
VIDEO:
Ni video hari tu jumpa dgn @hafizhamidun …..kita suruh @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi sbb @hafizhamidun dan buat lagu dah tinggal nyanyi je……Insya Allah kita pastikan dia nyanyi lagu nasyid…dia mmg tau suara dia x berapa nak sedap tapi sbb suka jadi retis kita usahakan lah ya dia jadi retis nasyid… siapa sokong??? (sbb hari tu @aliffsyukriterlajaklaris tanya kalau dia buat nasyid ada x org nak dgr,tgk byk feedback positif )

VIDEO:

Terbaiklah Dato akhirnya sahut cabaran datin untuk menyanyikan lagu bercorak kerohanian pulak. Kita doakan beliau tersus istiqamah dalam menjuju ke arah kebaikan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mari kita dengarkan suara Datuk nanyi lagu nasyid, sedap pulak lagu ni, tak sabar nak tunggu yang full version punya. Mesti gempak video clip nanti. Harap2 boleh meletop dari lagu2 merapu beliau sebelum ini

VIDEO: 

Isteri Aliff Syukri mohon maaf pada PU Amin

Isteri Aliff Syukri mohon maaf pada PU Amin

SETELAH pelbagai komen negatif dilemparkan kepada usahawan kosmatik terkenal, Datuk Aliff Syukri yang dikatakan tidak menghormati teguran pendakwah bebas PU Amin, isterinya Datin Seri Shahida tampil bersura untuk menjernihkan keadaan.

Mengakui tidak menyokong mana-mana pihak termasuk suaminya, Shahida sekadar meluahkan kekesalannya apabila isu tersebut berpanjangn sehingga mencetuskan perbalahan di kalangan netizen di laman sosial masing-masing.

“Pertama sekali saya merasa terkilan di atas tindakan berbalas komen di Instagram Pencetus Ummah Amin dan juga suami saya @aliffsyukriterlajaklaris. Bagi saya tidak menyokong mana-mana pihak tapi cukup-cukuplah berbalah sehingga ruang komen dipenuhi caci maki sedangkan Islam tidak menganjurkan kita menjadi punca perbalahan.

“Ustaz Amin kami hormati sebagai pendakwah hebat, pastinya ilmu jauh tinggi dari @aliffsyukriterlajaklaris. Mungkin itu cara dakwah dia mungkin ada yang suka ada yang tidak. Begitu juga lagu Bobo gandingan Sajat dan Lucinta, ada yang suka ada yang tidak.

“Senjata orang Mukmin ni ialah doa. Jadi berdoalah kita mudah-mudahan kita semua diberi hidayah bukan bercanggah dan berbalah di media sosial nak tunjuk siapa lebih hebat. Menegur tak salah, tapi gunakanlah perkataan yang baik,” luahnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, Shahida juga memohon agar netizen tidak mengaitkan kontroversi yang menimpa Aliff dengan rezeki dan ahli keluarga mereka yang lain.

“Jangan sampai mencaci dan kaitkan tentang rezeki dan juga ahli keluarga. Yang lain-lain tak bersalah. Rezeki hari ini bukan kerana dia seorang tapi rezeki anak-anak, isteri, ibu bapa dan ibu ayah mertua.

“Jadi saya dengan rendah hati memohon sejuta kemaafan kepada PU Amin di atas apa juga perbuatan atau tingkah laku suami saya yang menyinggung Ustaz dan orang lain. Percayalah suami saya seorang yang baik walaupun secara dasarnya orang pandang negatif.

“Saya lebih mengenalinya, mungkin dia kurang sensitiviti terhadap agama dan masyarakat. Terus nasihat dan didiklah dengan cara yang baik walaupun diterima atau tidak. Dalam masa yang sama doakan juga,” ujarnya.

Shahida turut memohon maaf sekiranya kenyataannya itu dianggap sebagai memperkecilkan usaha dakwah yang dilakukan PU Amin.

“Kalau dilihat walaupun tak banyak ada perubahan, daripada teguran Ustaz tentang tarian yang tak elok sebelum ni, tapi dalam MV terbaru tak ada lagi tarian sebegitu. Bukankan itu juga perubahan walaupun sedikit.

“Bermakna kita kena sedikit sabar dalam mendidik Insya-ALLAH sampai masa nanti akan berubah.

“Maaf ustaz sekali lagi kerana memperkecilkan dakwah Ustaz PU Amin sebab kami ini cetek agama. Sentiada doakan kami berada di jalan yang diredai. Saya mohon maaf @pencetusummah_amin,” tulisnya.

Tidak hanya itu, ibu kepada empat anak ini menafikan tuduhan netizen yang beranggapan dia masih bertahan dan bersama Aliff kerana harta yang dimiliki usahawan itu.

“Jangan hina saya kerana harta. Ada yang kata saya sanggup bertahan sebab harta, sedangkan saya dah kenal dia sebelum dia ada semua ni,” tegasnya.

sumber: sinar harian

Share.

Leave A Reply