Leaderboard Ad

Peragut ditumpaskan oleh mangsa sendiri di Jalan Tun Sambanthan. Tapi alasan yang diberikan peragut memang tak masuk akal

0

Kes ragut dalam Malaysia memang hari hari terjadi. Tetapi jika dalam kawasan Kuala Lumpur adalah antara kawasan paling kerap ada kes ragut. Selalunya mangsa ragut adalah kaum wanita. Peragut akan mensasarkan wanita kerana mudah dan kaum wanita tidak punya daya untuk melawan.

Samada modus operandi meragut mereka akan membawa motor atau dengan jalan kaki. Mangsa terdedah kepada bahaya jika diragut kerana jika ia berlaku risiko cedera parah terutama bahagian kepala boleh berlaku.

KES RAGUT RANTAI EMAS BRICKFIELDS

Baru baru ini ada satu video yang tular di media sosial di mana seorang peragut bermotorsikal telah melakukan kerja terkutuk ini di kawasan Brickfields. Sekiranya anda periksa, Brickfields adalah salah satu kawasan panas dan antara tempat yang mempunyai kes ragut tinggi di kawasan Kuala Lumpur.

Menurut pemilik video, peragut ini telah meragut rantai emas tetapi yang lebih pelik rantai emas yang diragut adalah milik lelaki dan bukan wanita.

Nasib Baik Tidak Kena Belasah Teruk

Lelaki tersebut berjaya ditahan orang ramai dan dia amat bernasib baik kerana tidak dipukul teruk. Seorang lelaki melayu yang dikatakan salah seorang polis bantuan berjaya mengawal keadaan dari menjadi lebih teruk.

Peragut tersebut memberi alasan dia bukan meragut tetapi tangannya tersangkut pada rantai tersebut.

Tiada laporan rasmi dari PDRM setakat ini dan peragut tersebut rasanya telah diserahkan kepada pihak Polis (tiada video polis sampai).

Alasan yang diberikan peragut memang kelakar habis

“Peragut ini bagitahu , dia bukan meragut, tapi tangan dia tersangut dekat rantai”

Semoga lelaki ini insaf selepas kejadian ini (jika betul dia meragut). Tahniah kepada semua kerana mampu mengawal kemarahan dan tidak mencederakan lelaki ini dengan lebih teruk.

TIPS ELAK DIRAGUT

1. Jika berjalan kaki ikut arus kenderaan yang bertentangan supaya boleh nampak jika ada sebarang keadaaan yang mencurigakan.

2. Rapatkan beg ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan sekali gus menunjukkan tanda dalam keadaan berhati-hati.

3. Bawa dompet kecil yang diletakkan di dalam kocek ketika keluar berjalan-jalan.

4. Usah letak dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

5. Elak pakai barang kemas yang boleh dilihat dengan jelas oleh peragut.

6. Tidak sesuai diletakkan beg tangan d

sumber: kl viral, sinar harian

Share.

Leave A Reply