Leaderboard Ad

[VIDEO] Kucing dan Tuannya Bekerjasama dengan Baik dalam Menjayakan Video Ini..hahaha

0

Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang comel yang menjadi kegilaan ramai orang terutamanya wanita.  Namun, terdapat ramai juga pencinta kucing yang terdiri daripada kaum lelaki.

Kucing sangat menenangkan bagi anda yang melihatnya dan sesiapa sahaja yang menyayangi kucing pasti dikaitkan sebagai seorang yang mempunyai sifat penyayang. Begitu juga dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan Baginda sendiri yang juga turut memelihara kucing.

Kadang kala melihat sahaja gelagat kucing sudah cukup untuk menghiburkan hati termasuklah video di bawah. Video tersebut menunjukkan kucing bersama tuannya yang memperlihatkan seolah-olah kucing tersebut mempunyai tangan. Tuannya berperanan sebagai tangan kepada kucing tersebut dan melakukan aktiviti seperti manusia.

Gerak geri tangan yang sedang makan, membetulkan baju serta menggaru kepala itu boleh mengelirukan sesiapa sahaja dan mungkin boleh berfikir kucing tersebut benar-benar menpunyai tangan. Hal ini membuatkan netizen terhibur dan tidak kering gusi melihat gelagat mereka.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mayerhaterranna.com

Share.

Leave A Reply